| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khusus IT “XLR8” Pelajar SHG Telok Mas, Melaka

Sejajar dengan arus globalisasi, teknologi maklumat merupakan satu keperluan yang penting bagi memudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, Yayasan Generasi Gemilang telah mengadakan program Khusus IT “XLR8” khas bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2017. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Microsoft Youthspark Grant. Program yang dijalankan selama empat hari bermula pada 16 Januari hingga 19 Januari 2018 ini melibatkan seramai 80 orang penghuni. Dalam program ini pelajar-pelajar didedahkan dengan kemahiran asas komputer seperti Microsoff Word , Excel dan Power Point.  Majlis Perasmian Penutupan telah  dihadiri oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas, TPP Muhammad Hafiz Bin Muhammad Sepian, Ketua Bahagian Keselamatan, Guru Unit IT  dan lima Tenaga Pengajar dari Yayasan Generasi Gemilang.