| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2018 / Pemakaian Pangkat & Sesi Taklimat Oleh Pengarah Penjara Negeri Pahang

Perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2018 dan Majlis Pemakaian Pangkat  telah diadakan pada 17 Januari 2018 ( Rabu ) bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong bermula jam 7.00 pagi. Pemakaian Pangkat daripada Inspektor Penjara Gred  KA29 ke Ketua Inspektor Penjara Gred KA32 ( 1 orang ) dan pengesahan jawatan Inspektor Penjara Gred KA29 ( 1 ) orang . Majlis telah disempurnakan oleh YH TKP Dato’ Muhammad Zuki bin Muhammad Zain , Pengarah Penjara Bentong . Turut hadir  PKK Aminon bin Adnan, PP Azhari bin Zaman, PP Mohd Zain Ismail serta barisan pengurusan tertinggi Penjara Bentong. Perbarisan diketuai oleh PP Mohd Marzuki Ibrahim. Pada jam 10.00 pagi pula bertempat di Bilik Beragi telah berlangsung sesi taklimat kepada Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Bentong oleh YH TKP Dato’ Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang yang turut dihadiri oleh YH TKP Dato’ Muhammad Zuki bin Muhammad Zain , Pengarah Penjara Bentong, PKK Aminon bin Adnan, PP Azhari bin Zaman, PP Mohd Zain Ismail serta pengurusan tertinggi Penjara Bentong.