| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Setia Bagi Bulan Januari 2018 Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka

Bertempat di Padang Kawad Penjara Sungai Udang, Melaka Pada 09.01.2018 ( Selasa ) telah diadakan Majlis Perhimpunan Setia Bagi Bulan Januari 2018 Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka dan merupakan Majlis Perhimpunan Setia yang terakhir bagi YBhg. Datuk sebelum bersara pada 18.01.2018. Pada Majlis tersebut telah diadakan pemakaian pangkat kepada seorang pegawai kanan dan juga Perutusan Tahun Baru 2018 dari YBhg. Dato’Sri KJP Haji Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia.