| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak Bagi Gred Ka20 (TBBK), KA22 (TBBK) Dan KA24(TBBK)

Pada 10 Disember 2019 (Selasa), bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat bagi (35) orang kakitangan yang telah dinaikkan ke Gred KA20 (TBBK), KA22 (TBBK) dan KA24(TBBK). Majlis telah disempunakan oleh KP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak.

Majlis diadakan secara ringkas namun meriah dan dimulakan dengan sesi nyanyian Lagu Negaraku dan Bakti Setia. Setelah selesai acara pemakaian pangkat, jamuan ringkas dan sesi bergambar telah diadakan. Tahniah buat semua penerima dan diharapkan semua penerima akan lebih maju di dalam kerjaya dan terus menyumbang bakti setia kepada Jabatan Penjara Malaysia.