| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1441/2019

Pada 9 November 2019 (Sabtu) Kontinjen perarakan Penjara Seberang Perai telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Perkarangan Padang SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat dan menuju ke Masjid Jamek Al-Ihsaniah, Simpang Ampat Pulau Pinang yang telah dirasmikan pelancaran pergerakan ummah oleh YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Antara susun atur majlis ialah majlis perarakan diiringi selawat, bacaan ayat-ayat suci al-Quran, persembahan selawat dan qasidah, penyampaian hadiah dan anugerah yang disempurnakan oleh T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinnag. Kontinjen Penjara Seberang Perai telah diumumkan antara kontinjen terbaik sempena sambutan kali ini.