| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khatan Beramai-Ramai Sempena Cuti Sekolah, Penjara Tapah

Pada 5 Disember (Khamis), institusi Penjara Tapah dengan kerjasama Surau Diri Jumaat (SDJ) Al-Islahiah Penjara Tapah telah menganjurkan Program Khatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah Peringkat Komuniti Penjara Tapah. Seramai (15) orang peserta terdiri daripada anak-anak kakitangan yang terlibat dalam program ini. Majlis dimulakan dengan perarakan bunga mangga dan berselawat dari SDJ Al-Islahiah menuju ke Dewan Budiman sebelum di mandikan dengan pancutan air bomba. Program sunat telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun(HRPB) Ipoh, En Mohamed Rasyeed bin Ma Raj Mohamad. PKP Kamarulzaman bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Tapah hadir sama dalam program ini dan turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada pegawai khatan dan kanak-kanak yang terlibat.