| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Kaunseling Kelompok Penghuni 2019 dengan kerjasama Unit Pemulihan, Penjara Seberang Perai dan Universiti Sains Malaysia ( USM ), Pulau Pinang

Pada 2 Disember 2019 ( Isnin ), Unit Pemulihan ( PPI ) Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah mengadakan Program Kaunseling Kelompok Penghuni 2019 bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Penjara Seberang Perai dan Pejabat Unit Pemulihan ( Wanita ), Penjara Seberang Perai. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh PP Mohamad Jusoh Bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai diiringi TPP Mahalim Bin Mat Nor, Ketua Seksyen Pemulihan, Penjara Seberang Perai. Seramai ( 70 ) orang penghuni lelaki dan ( 50 ) orang penghuni wanita telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh pelajar-pelajar Kursus PLK 557 Proses, Strategi dan Teknik Kaunseling Kelompok, Universiti Sains Malaysia ( USM ) yang diketuai oleh Dr. Nurul Fazzuan Bin Khalid sebagai Penasihat Program. Program ini bertujuan bagi memberi peluang menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.