| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jelebu Bagi Tahun 2019m/1441h

4 Disember 2019 (Rabu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menyertai Majlis Perarakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Jelebu Bagi Tahun 2019M/1441H bertempat di Mini Stadium Kuala Klawang & Dewan D’ Sury Kuala Klawang. Majlis telah dirasmikan oleh YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Mat Rashad Undang Luak Jelebu. Majlis bermula pada jam 7.00 pagi dengan perarakan Kontinjen dari pelbagai agensi. Program seterusnya diadakan ceramah yang bertajuk “Rasulullah Ikutan Terbaik” yang telah disampaikan oleh penceramah Sahibul Fadilah Ustaz Dr. Ahmad Termizi bin Abdul Razak Mudir Pencetus Ummah. Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menjadi Johan Kontinjen Perarakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Jelebu Bagi Tahun 2019M/1441H.