| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Dialog Bulanan Bagi Bulan November 2019 SHG Telok Mas, Melaka

Dialog Bulanan bagi bulan November Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah diadakan pada 25 November 2019 bertempat di Dewan Seroja. Aturcara majlis telah dimulakan dengan pemakaian pangkat Inspektor Penjara, penyampaian  Anugerah Kualiti Dan Inovasi 2019 Jabatan Penjara Malaysia dan penyampaian hadiah Karnival Sukan Penghuni SHG 2019. Majlis penyampaian dan dialog telah disempurnakan oleh PKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar, Pengarah SHG Telok Mas Melaka.