| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pemantauan Pemeriksaan SPM 2019 Dari IPPM Ke SHG Telok Mas Melaka

Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima lawatan pemantauan dari Sektor Pendidikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada 19 November 2019. Pegawai yang hadir ialah En. Sivanesan a/l Arumugam dan En. Heilmann bin Zulkifli. Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 di samping memberi motivasi kepada calon-calon SPM. Lawatan diakhiri dengan perjumpaan bersama guru-guru Unit Akademik Sekolah Henry Gurney bagi membincangkan isu-isu berkaitan Kurikulum, Kokurikulum serta persiapan sesi persekolahan tahun 2020.