| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Bengkel Pengurusan Remaja Dengan Menggunakan Teknik Psikologi Dan Kaunseling Kakitangan SHG Telok Mas Melaka

Bengkel Pengurusan Remaja Dengan Menggunakan Teknik Psikologi Dan Kaunseling telah diadakan di Unit Latihan SHG Telok Mas Melaka dari 19 hingga 20 November 2019. Program ini bertujuan memberikan pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada 18 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan serta angota-anggota penjara SHGTM. Pengisian bengkel meliputi topik Pengenalan kepada teori-teori berkaitan aspek perkembangan Psikologi Kanak-kanak & Remaja, Peruntukan-peruntukan perundangan & Akta Kanak-kanak 2001 Pindaan 2016, Pekeliling-pekeliling berkaitan perkhidmatan psikologi perlhidmatan awam, Asas teknik-teknik kaunseling, bimbingan dan Rundingcara, teknik-teknik relaksasi phisiologi (pernafasan & regangan anti-stress), Tatacara pengendalian sesi kaunseling melalui Pembinaan hubungan (Rapport / Trust Building, Penerokaan, Kemahiran Mendengar, Dorongan Minima, Teknik Diagnos & Teknik mengenal pasti masalah, teknik mengelaskan keutamaan masalah, Pembinaan Matlamat bersama, teknik cadangan alternative dan strategi penyelesaian masalah, teknik ‘follow-up’ and ‘support’ serta kaedah penamatan sesi) dan teknik SOLER. Pendekatan bengkel meliputi ceramah, interaksi aktif, role play, brainstorming dan refleksi kritis diantara penceramah dan peserta.