| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program MYTEENCREDIBLE (NGO) : Program Pendidikan Dan Pembangunan Kemahiran Remaja di SHG Telok Mas Melaka

Pada 21 November 2019 Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Melaka (LPPKN) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Program MYTEENCREDIBLE (NGO) : Program Pendidikan Dan Pembangunan Kemahiran Remaja bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas,Melaka. Program yang melibatkan 50 orang penghuni ini bertujuan memberi kemahiran menghindari dan mengurangkan tingkah laku seksual berisiko mengakibatkan kehamilan tidak dirancang, penyakit jangkitan seksual dan jangkitan HIV.