| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Kolokium Prison Reform, Jabatan Penjara Malaysia

Kolokium ini merupakan program yang melibatkan pihak pengurusan Jabatan penjara Malaysia serta agensi-agensi luar di mana pembentangan berkaitan 5 teras dan 4 pemangkin akan disampaikan oleh pegawai daripada jabatan penjara dan akan ada sesi soal jawab untuk memberi peluang kepada para peserta untuk sama-sama membantu menjayakan refomasi jabatan penjara ini.

Pembaharuan yang dirancang merangkumi 5 teras dan 4 Pemangkin iaitu Teras Kawalan & Keselamatan , Teras Rawatan & Layanan, Teras Pemulihan, Teras Pengintegrasian Semula dan Teras Probation & Community Corrections manakala pemangkin pula terdiri daripada Pemerkasaan Kakitangan, Kemudahan & Fasiliti, Penglibatan Masyarakat dan Aspek Undang-Undang.

Ini merupakan salah satu usaha jabatan dalam mencari ruang dan peluang dalam mengenalpasti ruang dan peluang yang boleh dan perlu ditambah baik  agar pelaksanaan reformasi jabatan penjara akan benar-benar dapat memberikan impak yang maksimum merangkumi semua aspek pelaksanaan.