| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Insentif SUKMA 2018 Atlet Tinju Projek Henry SHG Telok Mas

Pada 12 Januari 2019 (Sabtu) seramai 3 orang Peninju Projek Henry Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima bantuan sumbangan dari YB Gue Teck, ADUN Klebang Melaka yang juga merupakan Bapa Angkat Sukan Tinju SUKMA 2018. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YAB Tuan Haji Adly Bin Zahari Ketua Menteri Melaka. Masing-masing menerima sumbangan RM 1,000.00 untuk pemenang pingat emas dan RM 500.00 untuk pemenang pingat gangsa.

Manakala dalam Kejohanan Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang yang di adakan Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang pada 27 Disember 2018, Peninju Projek Henry telah memenangi 1 pingat emas , 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa.