| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Maulidurrasul 1441h/2019m Ceramah Bertajuk “Rasulullah Lelaki Teragung” Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan

19 November 2019 (Selasa) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Program Sambutan Maulidurrasul Peringkat Penghuni bertempat di Surau An-Nur Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Turut hadir PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu bersama kakitangan. Program bermula dengan perarakan berselawat oleh penghuni bersama kakitangan ke Surau An-Nur. Program seterusnya diadakan ceramah yang bertajuk “Rasulullah Lelaki Teragung” yang telah disampaikan oleh penceramah Al-Fadhil Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu, Negeri Sembilan.  Seramai 150 penghuni telah terlibat di dalam program ini.