| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perujian Hafazan Al-Quran Dan Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Wanita Penjara Seberang Perai

Pada 12 November 2019 (Selasa), Unit Agama dan Unit Pemulihan Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Majlis Perujian Hafazan Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Wanita. Pertandingan yang melibatkan penyertaan seramai 24 orang penghuni wanita bagi perujian hafazan dan pertandingan nasyid pula telah disertai sebanyak 9 kumpulan mewakili blok Ros dan Seroja. Kedua-dua pertandingan ini telah diadili oleh hakim jemputan iaitu Ustaz Hj. Muhammad Naeem bin Hashim dari Akademi Tahfiz Mutiara dan Ustaz Dzafarul Idham Bin Mohd Fauzi dari Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, manakala bagi pertandingan nasyid pula telah dihakimi oleh PPP Azhar bin Ahmad dan Puan Nurul Bahirah binti Othman. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YDH PP Muhamad Jusoh bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai.