| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 08 November 2019 bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang di antara PKK Husin bin Hj. Johari dan      PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah. Majlis telah disaksikan oleh TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis adalah Pengarah Institusi Zon Utara,Ketua Jabatan dan Wakil Agensi Sekitar Daerah Seberang Perai Selatan, Pengerusi dan ahli PERSIAP Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, pegawai-pegawai kanan dan anggota institusi. Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa di antara PKK Husin bin Hj. Johari dan PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat terakhir oleh PKK Husin bin Hj. Johari dan ucapan aluan oleh PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.