| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2019

Pada 7 November 2019 ( Khamis ) Unit Pemulihan ( PPI ) Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni bertempat di Dewan Sukan, Penjara Seberang Perai. Majlis telah disempurnakan oleh TPP Mahalim Bin Mat Nor, Ketua Seksyen Pemulihan, Penjara Seberang Perai diiringi KIP Wan Mohd Faizul Bin Wan Mahamad Lokman, Ketua Unit Pemulihan, Penjara Seberang Perai. Seramai ( 26 ) orang penghuni yang layak telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa, suami, isteri dan anak-anak penghuni seramai ( 130 ) orang. Majlis turut menerima kehadiran jemputan 3 orang wakil daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sungai Bakap ( YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah ). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.