| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Pusat Koreksional 1441H/2019M

Pada 14 November 2019 (Khamis) bersamaan 17 Rabiul Awal 1441H, Unit Agama dan Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting  bagi tahun 1441H/2019M.  Seramai (160) orang banduan terlibat dengan program ini yang diadakan di Dataran Padang Bola Sepak dan Surau Al-Hidayah PKK. Program ini telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Kamunting iaitu PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali diiringi oleh PPP Umar Bin Dulmat, Ketua Unit Pemulihan PKK. Majlis dimulakan dengan Pertandingan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul . Selepas itu, majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Syafiq Bin Mohd Ramizan yang merupakan Pendakwah Bebas juga Guru Agama. Sebelum majlis ini berakhir, telah diadakan sesi kuiz dan penyampaian hadiah Pertandingan Maulidur Rasul kepada para penghuni yang terlibat. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 12 tengah hari.