| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Hari Integriti Jabatan Penjara Malaysia

Pada 6 November 2019 (Rabu) telah berlangsung Sambutan Hari Integriti Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional), Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri, Ketua-Ketua Institusi zon tengah, pegawai-pegawai Unit Integriti Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, Jabatan/ Agensi Kerajaan di sekitar kawasan Hulu Langat dan pegawai-pegawai, warga Jabatan Penjara Malaysia.

Dengan mengangkat tema We Are Integrity Champion yang membawa pendekatan bahawa warga Jabatan Penjara komited untuk terus menjadi pegawai yang bersih serta sentiasa berusaha ke arah mewujudkan landskap perkhidmatan berdasarkan amalan yang betul, adil, telus dan beretika.

Pada majlis ini juga berlangsungnya pelancaran Buku Segugus Kunci Yang Hilang dan Buletin Integriti edisi pertama. Buku Segugus Kunci Yang Hilang merupakan buku kompilasi yang mengandungi 11 kes tatatertib unik diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Buku setebal 116 muka surat ini turut mengandungi proses kerja dan himpunan soalan lazim sebagai panduan.

Manakala Buletin Integriti edisi pertama merupakan naskah pertama yang akan diterbitkan sebanyak dua kali setahun. Buletin Integriti ini akan memuatkan pelbagai nasihat, cetusan idea kreatif dan isu-isu integriti yang mana kandungannya akan disumbangkan oleh warga Jabatan Penjara sendiri.

Bersempena dengan perasmian Hari Integriti Jabatan Penjara ini, Unit Integriti akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan batu seremban, congkak, teka silang kata dan kuiz. Penyertaan dibuka kepada semua warga Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Kompleks Penjara Kajang bagi memeriahkan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang bulan November 2019.

Di dalam majlis ini juga diadakan sesi perkongsian ilmu bersama Tuan Haji Hamilye Sham dari Institut Integriti Malaysia (IIM) dan slot Refleksi Diri bersama Puan Nurul Azzwa Binti Mohd Kassim, Pegawai Psikologi dari Kementerian Pendidikan Malaysia.