| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Bentong 2019

Pada 5 November 2019 (Selasa), Telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Bentong yang telah dianjurkan oleh Unit Pemulihan Penjara Bentong. Sebanyak 25 keluarga penghuni hadir untuk memeriahkan program jalinan kasih ini yang telah diadakan di Dewan At – Tarbiyyah Penjara Bentong. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh penghuni dan telah disempurnakan oleh PKK Mohamad Bin Ismail Timbalan Pengarah Penjara Bentong dan turut hadir NGO dari Persatuan Hindu Sanggam Pahang. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Deepavali bersama keluarga disamping dapat mengeratkan hubungan diantara ahli keluarga.