| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bulan Sukan Negara Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting, Perak

Pada 07 November 2019 (Khamis), Seiring dengan perancangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menggalakkan penganjuran sukan sepanjang bulan Oktober yang lepas yang diangkat sebagai Bulan Sukan Negara, Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan beberapa sukan popular di antaranya Sepak Takraw, Dart, Futsal Padang, Tenpin Bowling, Bola Tampar dan Bola Jaring. Kejohanan dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Koreksional Kamunting dengan kerjasama PERSIAP Pusat Koreksional Kamunting telah menarik minat ramai anggota serta kakitangan dan keluarga untuk turut serta memeriahkan acara. Format penyertaan adalah mengikut platun di mana setiap platun bertanding untuk menentukan juara bagi setiap kejohanan. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :-

1.    Kejohanan Sepak Takraw     - Platun Blok Lestari
2.    Kejohanan Dart             - Platun Kerja Luar
3.    Kejohanan Futsal Padang     - Platun Blok Fajar
4.    Kejohanan Tenpin Bowling     - Platun Pegawai Kanan
5.    Kejohanan Bola Tampar     - Platun Keseluruhan Blok
6.    Kejohanan Bola Jaring        - Platun Wanita.

Majlis berjalan dengan lancar dan diharap dapat memupuk semagat kerjasama bertugas dalam pasukan kepada semua yang terlibat.