| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sambutan Perayaan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Institusi Pusat Koreksional Kamunting, Perak

Pada 30 Oktober 2019 (Rabu), Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Program Jalinan Kasih bagi Sambutan Perayaaan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting. Seramai (3) orang banduan terlibat dengan program ini yang diadakan di perkarangan astaka perhimpunan. Seramai (14) orang dewasa (4) kanak – kanak mewakili tiga keluarga telah hadir dalam program tersebut. Program ini telah disempurnakan oleh PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali dan turut dihadiri oleh PPP Umar bin Dulmat dan KIP Syafiza binti Sabudin (Parol). Matlamat program ini ialah memberi peluang kepada penghuni beragama hindu merasai kemeriahan Deepavali melalui aktiviti jalinan kasih bersama keluarga.