| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Ten–Pin Boling Anjuran Persiap Cawangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka

4 Oktober 2019 (Jumaat) PERSIAP Koreksional Jasin telah mengadakan pertandingan Ten-Pin Boling bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC) Ayer Keroh,Melaka. Program ini diserikan dengan kehadiran Puan Che Norhazita Binti Che Daud, Pengerusi Persiap Pusat Koreksional Jasin diiringi  Puan Suhaila Binti Zakaria selaku Naib Pengerusi Persiap, bagi merasmikan pertandingan Ten-Pin boling dalam Roll Ball.

Pertandingan berlangsung dari jam 8.00 malam berakhir 11.00 malam yang melibatkan acara keseluruhan antara dua berpasukan lelaki dan dua berpasukan wanita. Pertandingan ini melibatkan  pegawai kanan dan lain-lain pangkat mengambil dalam acara ten-pin boling.Acara Ten-Pin boling telah dijadikan salah satu aktiviti tahunan yang dilihat dapat menjalinkan hubungan ukhwah yang lebih jitu.