| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program 'Sesantai Saja (Fun Ride)' Kelab Motosikal Penjara Puncak Borneo Tahun 2019

Pada 12 Oktober 2019 (Sabtu) telah diadakan program Sesantai Saja (Fun Ride) Kelab Motosikal Penjara Puncak Borneo siri yang kedua. Program ini bertujuan membuka ruang platfom kepada perhubungan setiakawan dan muhibbah dikalangan anggota selain daripada meningkatkan kesedaran tentang kepentingan  sifat toleransi dan berhati-hati di jalanraya. Disamping itu, program ini dapat melahirkan persefahaman yang tinggi dikalangan kakitangan dan juga platfom bagi mengurangkan tekanan dan bebanan kerja. Acara dimulai dengan gimik melekat pelekat rasmi Kelab Motosikal Penjara Puncak Borneo pada setiap motosikal peserta oleh TPP Mohamad Hafiz Bin Matsahri dan seterusnya beliau melepaskan Flag Off peserta konvoi. Perjalanan sejauh 360 kilometer berjaya ditamatkan oleh semua peserta meliputi laluan dari Kuching ke Telok Melano, Pugu Beach dan Lundu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih juga kepada pihak pengurusan yang menyokong dan meluluskan program ini.