| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Team Building dan Konvoi Bermotosikal ke Air Terjun, Sungai Asap, Belaga, Sarawak

Pada 21 September 2019 (Sabtu), Kelab Rekreasi Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Program Team Building dan Konvoi Bermotosikal ke Air Terjun, Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Program ini telah melibatkan seramai 30 orang kakitangan Pusat Koreksional Bintulu yang konvoi dengan menggunakan 30 buah motosikal, sebuah lori dan sebuah van pengiring. Acara pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, Penguasa Penjara Bolkiah Bin Srah bermula dari Pintu Besar Pusat Koreksional Bintulu menuju ke Air Terjun, Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, Penolong Komisioner Penjara, Hairol Hisham Bin Mohd Harith. Program ini telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.