| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pride Exploration : Penjara Negeri Perak 2019 Pada 13 Oktober 2019 Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

Sempena Sambutan Bulan Sukan Negara 2019, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak telah menganjurkan Program PRIDE EXPLORATION : PENJARA NEGERI PERAK 2019 yang melibatkan kerjasama dari beberapa Jabatan Kerajaan antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Sebanyak 19 kumpulan yang melibatkan 76 Orang peserta mengambil bahagian.

PP Tamil Seven A/L Velandi Hadir mewakili Pengarah Penjara Negeri Perak bagi merasmikan Majlis Penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Keputusan :

Tempat Pertama : PX19 (Penjara Tapah)
Tempat Kedua : PX16 (Penjara Tapah)
Tempat Ketiga : PX05 (PPA Batu Gajah)

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar.

Turut diadakan adalah sesi promosi dan jualan produk dari Syarikat ADABI.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA!