| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Restu Ilmu 2019 Sekolah Intergriti Puncak Alam

8 Oktober 2019 (Selasa) – Bertempat di perkarangan padang Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) berlangsungnya Majlis Restu Ilmu Sekolah Integriti Puncak  Alam (SIPA) . Majlis bertujuan merapatkan penghuni yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama ahli keluarga bagi mendapat restu dari mereka.

Majlis dimulakan dengan solat hajat berjemaah dipimpin oleh Ustaz Razak Bin Arbain diikuti bacaan Surah Yassin oleh semua yang terlibat di perkarangan logistik. Kemudian ahli keluarga pelajar diiringi oleh Penyelia SIPA Encik Azemi Bin Sabri ke dalam untuk menandatanggani laporan prestasi pelajar sambil penerangan oleh guru-guru matapelajaran SIPA.

Kehadiaran tetamu kehormat dari Universiti Malaysia Dr Vishalachee A/P Balakrisnan dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor En.Mohd Johari Bin Jamaludin dan En.Zulkeflee Bin Ismail. Seterusnya lafaz ikrar oleh pelajar-pelajar SIPA dan diikuti lafaz restu Ilmu oleh guru-guru SIPA.
Acara penyampaian cenderahati oleh Wakil Universiti Malaya diiringi oleh  Timbalan Pengarah PKPA PP Anbalagan A/L Subramaniam kepada wakil pelajar yang telah menaja program tersebut. Sebelum berpisah pelajar pelajar memohon restu dan keberkatan dari keluarga masing-masing.