| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Tazkirah Mingguan Peringkat Penjara Seberang Perai

Jumaat, 04 Oktober 2019 bersamaaan 5 Safar 1441 - Bertempat di Bilik Mesyuarat, Penjara Seberang Perai telah berlangsung Tazkirah Mingguan Bil. 39/2019 yang merupakan agenda utama dalam program dan aktiviti kerohanian di institusi. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana majlis ilmu di tempat kerja dan menyemai rasa cinta kepada ilmu. Antara pengisian dalam slot tazkirah mingguan yang dikendalikan oleh Pegawai Agama JAKIM ialah, bacaan ayat al-Quran, tazkirah dan perkongsian untuk manfaat bersama. Majlis ini dihadiri Pengarah dan barisan-barisan Timbalan Penguasa Penjara, Ketua-ketua Seksyen dan unit serta wakil dari kakitangan dan anggota.