| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) UMW Holding Malaysia Bersama Peserta Anugerah Remaja Perdana Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka

15 September 2019 - telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program CSR UMW Holding Sdn Bhd bersama Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda penghuni Sekolah Henry Gurney Melaka. Antara pengisian program yang telah diadakan selama dua hari ialah Sesi Ice Breaking, Malam Kebudayaan, Ikhtiar Hidup, Latihan Kecergasan Jasmani Pagi, Gotong Royong dan Ceramah Motivasi oleh Ustaz PU Fakhrul Islam Bin Md Zarin dan Ikon SHG En. Emam Shapekri Bin Ahmad Ghazi serta taklimat keusahawanan dari Kolej Kemahiran Mara. Pada program kali ini, ia dikendalikan oleh Protégé UMW Motor Sdn Bhd Shah Alam. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas,Melaka. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Abdul Kadir Bin Abdullah, Ketua Jabatan UMW Training Centre, Puan Sharifah Haafirah Binti Md Said Hassan, Trainer UMW Training Centre dan En Nik Mohd Azuan bin Ahmad Rostam, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara Negeri Melaka.