| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulanan (Januari 2019) Peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam

9 Januari 2019 (Rabu) –Bertempat di perkarangan Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah diadakan Majlis Perbarisan Bulanan peringkat Pusat Koreksional Puncak Alam. Majlis disempurnakan oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor Pengarah PKPA diiringi PP Anbalagan A/L Subramaniam Timbalan Pengarah PKPA, serta pegawai kanan, pegawai lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam.
Antara pengisian majlis adalah pemakaian pangkat dari Inspektor Penjara ke Ketua Inspektor Penjara Faizul Bin Salji dan kenaikan pangkat gred DG48 (TBBK) bagi Perkhidmatan Pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia) iaitu Cik Rozyrah Binti Ahmad Ramly dan penyampaian Sijil Tokoh Bulanan bagi bulan Disember bagi tahun 2018 kepada Kopral 16884 Mohd Iskandar Bin Mohd Noor.

Majlis diteruskan lagi dengan simbolik penyerahan kunci van Jabatan Penjara Malaysia kepada Pegawai Kenderaan PKPA, KIP Mohd Azizul Bin Yop Ahmad serta penyerahan MyPortfolio daripada Encik Loqman Bin Mohd Yusop kepada Pengarah PKPA. Majlis diakhiri dengan pembacaan Perutusan Tahun Baharu 2019 YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor.