| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Program Pembangunan Insan (PPI) Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 11 hingga 12 September  2019 (Rabu dan Khamis), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Program Pembangunan Insan (PPI) yang dikendalikan oleh Ketua Inspektor Penjara Aniza binti Mokhtar dari Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di mana seramai (50) peserta terdiri daripada (24) Pegawai kanan dan (26) anggota lain-lain pangkat mewakili seluruh institusi Penjara Negeri Melaka dan Pusat Koreksional Kamunting, Perak. Antara objektif  kursus adalah :

i) untuk memastikan banduan/tahanan/juvana mengikuti program pemulihan sepanjang     tempoh mereka berada dalam penahanan.
ii) Memastikan banduan/tahanan/juvana mendapatkan layanan sewajarnya dari aspek rawatan kesihatan, kaunseling, pendidikan dan kebajikan.
iii) Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah.

Di akhir kursus, pegawai dan anggota berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam unit tersebut disamping dapat mempraktikkannya di institusi masing-masing dengan lebih baik.