| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Cahaya Kasih – Maybank Global CSR Day 2019 Di Penjara Kajang

Pada 24 Ogos 2019, Seksyen Pemulihan Penjara Kajang telah terlibat dengan Program Cahaya Kasih-Maybank Global CSR Day yang dianjurkan oleh Maybank Global bersama Jabatan Penjara Malaysia. Program ini telah diadakan di Dewan Kelab Penjara Kajang melibatkan seramai 34 penghuni iaitu 24 penghuni dari Penjara Utama Kajang,8 penghuni dari Penjara Wanita Kajang dan 2 penghuni dari Rawatan Pemulihan Dadah (RPD). Turut hadir dalam program ini ialah pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin dan ahli keluarga penghuni yang terpilih. Program diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti antaranya mewarna lukisan batik, persembahan dari penghuni Penjara.Kajang, cabutan bertuah dan aktiviti dalam kumpulan penghuni bersama ahli keluarga. Program juga turut diisi dengan slot motivasi yang disampaikan oleh Hj Muhammad Izuddin Bin Ghazali Pegawai Psikologi Penjara Kajang. Program telah dirasmikan oleh YBhg. TKJP Dato’ Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pemasyarakatan) dan turut hadir memeriahkan program, YBhg. KP Dato’ Narander Singh a/l Chand Singh, Pengarah Maktab Penjara Malaysia, TKP Dr Kausalya Devi a/p Sathoo Ketua Seksyen Pemulihan Dan Pendidikan, TKP Abdul Halim Bin Ma Hasan, Pengarah Penjara Kajang, PKK Lim Kim Mooi, Pengarah Penjara Wanita Kajang dan Pegawai-Pegawai Jabatan Penjara Malaysia. Objektif program adalah bertujuan untuk mencetuskan keinsafan kepada masyarakat terutamanya kepada pelajar sekolah supaya tidak terjebak dengan jenayah serta menperbetulkan tanggapan agar penghuni yang bebas tidak dipandang serong oleh masyarakat.