| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pelancaran Bengkel Prison Reform

Bengkel yang diadakan pada 4-5 September 2019 di Auditorium,Ibu  Pejabat Penjara Malaysia melibatkan 100 peserta dari pelbagai kementerian dan Jabatan antaranya adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM ), International Commitee of The Red Cross ( ICRC ), Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM ), Jabatan Peguam Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) dan Badan Bukan Kerajaan seperti PENGASIH, Hindu Sanggam, Malaysian Care, dan Majlis Aids Malaysia yang bertujuan untuk mencari pandangan serta idea-idea baru dalam usaha penambahbaikan pengurusan dan juga pentadbiran penjara di Malaysia.

Peserta bengkel di asingkan kepada 4 kumpulan iaitu Keselematan dan Koreksional, Fasiliti, Pengurusan Banduan dan juga Pemasyarakatan telah membentangkan idea dan cadangan mereka untuk di ketengahkan serta diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Panel juga di dedahkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan dengan melakukan brain storming bagi merealisasikan objektif tersebut.