| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bagi Bulan September 2019 Dan Pemakaian Pangkat Peringkat Penjara Bentong Pahang

Perbarisan Bulanan Kompleks Penjara Bentong bagi bulan September 2019 dan Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan pada 11 September 2019 (Rabu) bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong bermula jam 7.00 pagi. Pemakaian pangkat terdiri daripada 1 Inspektor Penjara KA29, 12 Pegawai Penjara KA22(TBBK) dan 1 pegawai penjara KA20 (TBBK). Majlis telah disempurnakan oleh YH TKP Dato’ Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir PKK Mohamad bin Ismail, TPP Mohd Zulkifli Bin Zakaria serta Pegawai Kanan, Penjara Bentong. Perbarisan pada kali ini diketuai oleh TPP Ainih Binti Ag Sapli.