| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bermalam Di Muzium 2019

30-31 Ogos 2019 (Jumaat-Sabtu) – Muzium Penjara Malaysia Melaka bersama Muzium Seni Bina Malaysia telah bekerjasama dalam menjayakan Program Bermalam Di Muzium 2019. Program Bermalam di Muzium ini mula diperkenalkan oleh Muzium Negara (MN) bermula tahun 2005 bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara. Program Bermalam di Muzium 2019 dijalankan secara serentak melibatkan 36 buah muzium di seluruh Malaysia di mana rekod baru telah tercipta untuk kategori pemakaian tengkolok beramai-ramai sempena Program Bermalam di Muzium 2019 di dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan 3209 orang peserta. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa program ini berlangsung diantaranya Latihan Memanah, Ceramah Agama Kemerdekaan, Latihan Dalam Kumpulan, Persembahan Kumpulan, Sambutan Ambang kemerdekaan dan Aktiviti Simulasi Di Dalam Penjara. Aktiviti-aktiviti ini diselaraskan oleh Pegawai Psikologi, Pegawai Agama dan kakitangan daripada Penjara Negeri Melaka. Majlis Perasmian peringkat Muzium Penjara Malaysia telah diadakan pada 31 Ogos 2019 yang dirasmikan oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka.