| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Ibadah Korban Peringkat Kakitangan Dan Warga Penjara Limbang 2019

Pada 13 Ogos 2019 (Selasa) bersamaan 12 Zulhijjah 1440H, Penjara Limbang telah mengadakan program ibadah korban Peringkat Kakitangan Dan Warga Penjara Limbang. Program ini bermula seawal jam 6.00 pagi untuk menjalankan penyembelihan.   Aktiviti diteruskan lagi dengan melapah kerbau serta pengagihan daging korban kepada kakitangan Islam Penjara Limbang. Program ini turut disertai oleh TPP Hasbullah Bin Berahim dan TPP Abdul Rahim Bin Salim. Antara pengisian lain dalam program ini ialah solat fardhu zohor secara berjemaah, bertakbir dan bacaan tahlil serta jamuan ringan.  Program ini berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.