| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sambutan Hari Raya Aidiladha SHG Telok Mas Melaka

Sambutan Hari Raya Aidiladha Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka diadakan bermula pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) apabila 22 orang penghuni diluluskan untuk cuti sementara Sempena Hari Raya Aidiladha. Dalam majlis ringkas yang sama juga seramai (3) orang penghuni diluluskan untuk pembebasan berlesen. Pada 11 Ogos 2019 (Ahad) telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha warga kerja SHGTM dan Program Ibadah Korban bertempat di Surau Al Baraqah yang turut dihadiri oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Sebelum itu, Solat Sunat Aidiladha penghuni telah diadakan di Surau Blok Hang Kasturi dan di hadiri seramai 100 orang penghuni.