| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Dan Modul Therapeutic Community (TC) Bertempat Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

8 Ogos 2019 (Khamis) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menerima Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Modul Therapeutic Community (TC) oleh Yang Dihormati TKP Mat Rasid Bin Jahlil, Timbalan Komisioner Penjara Bahagian Pengurusan Banduan. Turut mengiringi PKK Rahmat bin Abdul Rani, Pengarah Penjara Negeri Sembilan bersama PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat pemantauan penambahbaikan pelaksanaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Modul Therapeutic Community (TC) di Institusi ini agar ianya lebih berkualiti bagi mencapai objektif pelaksanaannya.