| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Qurban Perdana Pusat Koreksional Puncak Alam Bagi Tahun 2019

Selangor 12 Ogos 2019 (Isnin ) – berlangsung Program Qurban Perdana 2019. Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan oleh kakitangan muslim di institusi ini bagi menyahut seruan Ibadah Qurbantahun 1440H/2019M.
   
Program ini diserikan dengan kehadiran PKP Amer Shariffudin bin Mat Noor, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam yang turut mengambil bahagian dalam ibadah Qurban disamping bersama-sama menguruskan proses agihan daging qurban.   
 
Agihan daging qurban telah diedarkan kepada semua kakitangan Pusat Koreksional Puncak Alam  serta penduduk sekitar kawasan institusi ini dan fakir maskin yang berdekatan. Program ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang selepas makan tengahari.