| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL)

Pada 08 Ogos 2019 (Khamis), sebagai satu langkah pemulihan yang dirancang oleh Jabatan Penjara Malaysia, satu Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) telah diadakan di Penjara Sungai Udang, Melaka. Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen ini adalah melepaskan banduan dengan syarat-syarat tertentu selama 7 hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut. Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah meluluskan permohonan (2) orang banduan yang telah memenuhi syarat-syarat (PBSL). Pembebasan ini telah dilakukan oleh TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang dan telah memberi sedikit penerangan berkaitan pembebasan ini. Turut hadir keluarga-keluarga banduan untuk menyambut kepulangan sementara ini. Selain itu, pembebasan sementara ini adalah untuk memberi peluang kepada banduan meraikan Sambutan Hari Raya Aidiladha pada 11 Ogos 2019 bersama keluarga dan sebagai persediaan awal untuk kembali kepada keluarga dan masyarakat serta berpeluang mencari pekerjaan.