| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak

Pada 17 Julai 2019 (Rabu), Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak pada jam 10.30 pagi bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Kunjungan telah diketuai oleh YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan turut dihadiri oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YDH TKP Hafidz bin Othman, Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan TPP Norul Hisham bin Ismail, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan (BHEAP). Tujuan kunjungan diadakan adalah untuk memaklumkan urusan pemindahan rentas sempadan penghuni dari Sabah ke Sarawak.