| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Dan Jalinan Kerjasama Daripada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Pada 15 Julai 2019 (Isnin), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak yang telah diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri iaitu YDH Tuan Zulzaidi bin Mahmod, serta beberapa orang pegawai. Kunjungan telah disempurnakan oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Kunjungan diadakan adalah bertujuan menjalinkan kerjasama Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bersama Penjara Negeri Sarawak.