| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Gawai Raya Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu 2019

Pada 1 Julai 2019 (Isnin), Penjara Pusat Sibu telah mengadakan Program Jalinan Kasih Gawai Raya Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu bagi tahun 2019. Program tersebut telah diadakan di tapak Perkarangan Pejabat Rekod Penjara Pusat Sibu dan disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Penjara Pusat Sibu. Program Jalinan Kasih Gawai Raya Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu 2019 pada kali ini melibatkan 10 orang penghuni penjara yang terdiri daripada 8 orang banduan lelaki dan 2 orang banduanita yang telah terpilih. Antara objektif program adalah untuk membentuk kemesraan di antara para penghuni, kakitangan penjara dan keluarga penghuni penjara, Disamping itu, program ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan di antara penghuni dan keluarga agar mereka tidak rasa tersisih setelah dibebaskan kelak dan mempercepatkan proses pemulihan penghuni.