| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Muzakarah Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bersama Pegawai Kader JAKIM Di Jabatan Penjara Malaysia

Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAK) pada 16 Julai 2019  telah mengadakan muzakarah antara Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan kader JAKIM.

Muzakarah yang berlangsung di Maktab Penjara Malaysia itu telah di pengerusikan oleh Komisioner Jeneral Penjara Malaysia YBhg. Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Omar.Turut hadir pada muzakarah tersebut ialah Timbalan Komisioner Jeneral Penjara YBhg Dato’ Jamaludin bin Saad , Komisioner Penjara YBhg. Dato’ Narrander Singh A/L Chand Singh, TKP Mat Rashid bin Jahlil dan TKP Mohd Muslih bin Mahmud dan pegawai - pegawai dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Manakala rombongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diketuai oleh YBhg. Datuk Hj Mohamad Nordin bin Ibrahim Ketua Pengarah (JAKIM),  Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) YBhg. Dato’ Hj Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Ustazah Hakimah binti Yusof dan wakil – wakil bahagian JAKIM.

Pertemuan selama satu jam itu, telah memfokuskan kepada Pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan kompetensi pegawai Kader JAKIM di Jabatan Penjara Malaysia.

Disamping itu juga, turut diadakan bengkel semakan Buku Panduan Pengajian Islam Penghuni Meniti Kegemilangan yang telah menggabungkan panel – panel dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Prof Dr Jawiah Dakir, Prof Madya Dr Mazlan bin Ibrahim dan Dr Hj Shamsul Azhar bin Yahya bersama dengan 40 orang kader JAKIM dari seluruh Malaysia bagi menambah baik kandungan buku berkenaan untuk disesuaikan dengan keperluan kakitangan dan penghuni.

Semoga dengan muzakarah dan bengkel semakan Buku Panduan Pengajian Islam ini mampu mencetuskan perkembangan yang baik bagi pemulihan kepada penghuni khususnya dan Jabatan Penjara amnya.