| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Lawatan Puspanita Cawangan Kecil (SPA) Ke Penjara Wanita Kajang

Pada 9 Julai 2019 (Selasa) telah berlangsung Program Lawatan Puspanita Cawangan Kecil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke Penjara Wanita Kajang melibatkan seramai (36) orang ahli Puspanita.  Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat luar mengenai program-program latihan kemahiran yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.  Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang erat diantara Jabatan Penjara Malaysia bersama komuniti luar.

Turut diadakan adalah lawatan ke Bengkel Batik serta Taska Penjara Wanita Kajang.  Menerusi program ini, pihak Puspanita Cawangan Kecil SPA turut menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan bayi dan kanak-kanak yang berada di taska Penjara Wanita Kajang.