| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bagi Bulan Julai 2019 Dan Pemakaian Pangkat Peringkat Penjara Bentong Pahang

Perbarisan Bulanan Kompleks Penjara Bentong bagi bulan Julai 2019 dan Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan pada 10 Julai 2019 (Rabu) bertempat di Dataran Dewan Perdana Penjara Bentong bermula jam 7.00 pagi. Pemakaian pangkat terdiri daripada 2 Inspektor Penjara KA29 kepada Ketua Inspektor Penjara KA32 dan 11 Pegawai Penjara KA19 kepada Pegawai Penjara KA22(TBBK). Majlis telah disempurnakan oleh YH TKP Dato’ Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir PP Sulan bin HJ Bachek, PP Mohd Marzuki Bin Ibrahim serta Pegawai Kanan, Penjara Bentong. Perbarisan pada kali ini diketuai oleh TPP Khalid bin Mohd Yusoff.