| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Taiping Perak Tahun 2019

Pada 28 Jun 2019 bersamaan 24 Syawal 1440H, Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini di hadiri oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan sekitar Taiping, Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Perak, EXPOAM Taiping , Lembaga Hakim Pelawat Negeri Perak dan PERSIAP serta seluruh warga Penjara Taiping dan Keluarga. Aturcara majlis dimulakan dengan gimik persembahan bunga api, lawatan oleh TKP Tan Tian Heng ke gerai-gerai yang terlibat dan turut dihadiri oleh PKK Mohd Farid Bin Kassim , Pengarah Penjara Taiping dan isteri. Majlis telah dihiburkan dengan persembahan daripada Band RainTown Penjara Taiping dan diteruskan dengan cabutan nombor bertuah. Tumpuan sambutan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara seluruh ahli keluarga Penjara Taiping. Program diakhiri dengan  penyampaian Duit Raya kepada kanak-kanak.