| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Ceramah Pemakanan Seimbang & Gaya Hidup Sihat Peringkat Negeri Johor

Pada hari Khamis bersamaan 4 Julai 2019, PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan Program Ceramah Pemakanan Seimbang & Gaya Hidup Sihat Peringkat Negeri Johor. Program telah dilaksanakan pada jam 08.30 pagi hingga 01.00 tengahahri di Dewan Gemilang, Kuarters Kakitangan PPA Muar yang turut melibatkan seluruh PERSIAP Negeri Johor. Program bermula dengan ujian saringan dan pemeriksaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar, ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Nurhana binti Saini, Pegawai Perubatan PPA Muar, ceramah serta demonstrasi masakan oleh Puan Nik Mahani binti Nik Mahmood dari Jabatan Dietek & Sajian Hospital Muar. Turut hadir bersama PKK Puan Raha binti Jawahir, mewakili Pengerusi PERSIAP Negeri Johor dan  Puan Norhayati Binti Talib Pegerusi  PERSIAP PPA Muar serta ahli-ahli PERSIAP seluruh Negeri Johor.