| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Gawai Raya Bersama Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sarawak

Pada 3 Julai 2019 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Sambutan Gawai Raya Bersama Penghuni Peringkat Penjara Negeri Sarawak bagi tahun 2019 bersamaan 1440 H. Seramai 55 orang kakitangan Pusat Koreksional Bintulu telah terlibat yang turut dihadiri dan dimeriahkan seramai 28 orang tetamu jemputan daripada badan kerajaan dan badan bukan kerajaan, 60 ahli keluarga penghuni, dan 338 orang penghuni. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu. Majlis dimulakan dengan persembahan silat dan Tarian Ngajat daripada penghuni, jamuan makan, persembahan nyanyian daripada Kumpulan Kesenian Penghuni, ucapan daripada Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, cabutan bertuah, penyampaian penghargaan dan akhir sekali penyampaian cenderahati. Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.